fbpx

Diupah RM500 hantar daun ketum ke Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Polis merampas lima guni berisi daun ketum dalam satu sekatan jalan raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal di sini tengah malam kelmarin.

Daun ketum seberat kira-kira 50 kilogram (kg) tersebut ditemui di dalam but sebuah kereta jenis Proton Wira ketika pemeriksaan kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, anggotanya mendapati kereta dinaiki tiga lelaki itu dalam keadaan mencurigakan sebelum membuat pemeriksaan.

“Kita temui lima guni berwarna coklat yang terdapat 45 gulung bungkusan plastik lutsinar diikat getah mengandungi daun ketum seberat 50kg.

“Polis turut menahan ketiga-tiga mereka iaitu dua beradik berusia 24 dan 28 tahun serta rakan mereka berusia 20 tahun bagi siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Chong Chern berkata, siasatan polis mendapati mereka memperolehi bekalan daun ketum itu daripada seorang kenalan di Bertam, Kepala Batas di sini.

“Mereka disuruh membuat penghantaran ke Kuala Lumpur dengan upah RM500,” katanya lagi.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1982. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI