fbpx

‘Turunkan harga, baru orang serbu Langkawi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan negeri perlu meningkatkan trip feri bagi memberi keselesaan kepada pelancong ke Pulau Langkawi. - Gambar hiasan

ALOR SETAR – Kerajaan perlu lebih proaktif dalam menghidupkan semula industri pelancongan di Pulau Langkawi termasuk mengubah tanggapan orang ramai tentang harga ‘cekik darah’ di pulau peranginan itu.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta kerajaan negeri perlu be­kerjasama untuk membangun dan mempromosikan pulau peranginan tersebut.

“Perlu ada usaha untuk memastikan semua pengusaha pelancongan di pulau itu dapat menawarkan harga terendah dan tidak ada lagi isu harga tinggi yang menekan pengguna.

“Promosikan secara besar-besaran harga pakej pelancongan yang murah dan menarik. Kita mahu buang persepsi bahawa Pulau Langkawi itu mahal,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, harga yang ditawarkan perlu kompetitif bagi mengelakkan orang ramai terus memilih Thailand sebagai destinasi percutian mereka.

“Tindakan sebilangan peniaga yang menaikkan harga sesuka hati inilah yang sebenarnya merosakkan pelanco­ngan Pulau Langkawi yang mana ia memberi kesan kepada seluruh penggiat industri di situ,” ujarnya.

TREND kemasukan pelancong ke Pulau Langkawi tahun ini konsisten dengan data tahun lalu yang menunjukkan penurunan pada September, Oktober dan November. – Gambar hiasan

Selain itu, katanya, kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk mengembalikan semula status bebas cukai sepenuhnya kepada Pulau Langkawi serta memperbanyakkan program mega bertaraf antarabangsa di situ.

“Langkah lain adalah menambah dan menaik taraf ­destinasi tumpuan selain tingkatkan kualiti layanan o­perator pelancongan kepada ­pelancong.

Berita berkaitan: Sanusi minta hentikan naratif Langkawi mahal

“Trip feri perlu ditambah selain keselesaan dan keselamatan penumpang pengangkutan itu juga perlu diberi keutamaan,” ujarnya.

Tambahnya, usaha-usaha itu pen­ting untuk menarik le­bih ramai pelancong ke Pulau Langkawi sama ada mereka yang berkunjung buat pertama kali atau yang datang semula bercuti di pusat peranginan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI