fbpx

Didenda RM14,000 tipu tuntutan Penjana Kerjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Burhanuddin Helmi (tengah) didenda RM14, 000 kerana membuat tuntutan palsu Penjana Kerjaya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pemilik syarikat komputer didenda RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua tuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya berjumlah RM85,500 pada dua tahun lalu.

Hakim Mohd. Azhar Othman memerintahkan demikian selepas tertuduh, Burhanuddin Helmi Che Awang, 29, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

“Mahkamah berpendapat ia kesalahan serius kerana wang kerajaan tidak dapat dikembalikan dan telah menyebabkan negara mengalami kerugian. Hukuman setimpal wajar dikenakan sebagai pengajaran,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, Burhanuddin Helmi didakwa menggunakan borang pengesahan pekerja program insentif pengambilan pekerja palsu masing-masing berjumlah RM40,600 dan RM44,900.

Dokumen itu mengandungi senarai palsu nama pekerja syarikat komputer milik tertuduh sedangkan kesemua penama bukanlah kakitangannya dan perbuatan bagi mengelirukan prinsipal tersebut didakwa dilakukan tertuduh di Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu, di sini pada 18 dan 19 Jun 2021.

Burhanuddin Helmi didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI