fbpx

Harga ayam di Melaka serendah RM5 sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEX (tengah) meninjau harga barangan bersama penguat kuasa KPDN Melaka bagi Penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2023 di Family Store Mahkota Parade, Melaka. - Foto SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Harga ayam di Melaka dijual serendah RM5 sekilogram sejak penamatan subsidi oleh kerajaan pada 1 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, sejak harga ayam diapungkan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka tidak menerima sebarang aduan kenaikan harga melebihi RM9.40 sekilogram.

Beliau berkata, dalam tempoh sembilan hari, harga ayam paling rendah dicatatkan adalah sekitar RM5 sekilogram dan paling tinggi adalah RM9.40 sekilogram.

“Hasil pemantauan daripada pasukan penguat kuasa harga terendah setakat ini ialah RM5 sekilogram dan keseluruhannya tidak melebihi RM10 sekilogram,” katanya selepas membuat lawatan Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali di sebuah pasar raya, di sini hari ini.

Tambah Allex, caj-caj pemotongan dan sebagainya juga tidak lagi dikenakan oleh penjual ayam terutama di Pasar Besar Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI