fbpx

Jom masuk Kolej Keda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Kolej Keda) sedang membuka permohonan bagi kemasukan sesi Januari 2021 kepada golongan belia untuk menyambung pelajaran mereka.

Permohonan yang bermula dari 3 Oktober lalu hingga 30 November ini menawarkan program Teknologi Fabrik Wanita, Teknologi Elektrik dan Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara.

Pengetua Kolej Keda, Abd. Aziz Salleh berkata, antara keistimewaan yang pastinya akan menarik perhatian pelajar adalah kerana ia menawarkan kemudahan latihan, makan dan minum serta penginapan asrama secara percuma.

“Kolej Keda bukan menekankan latihan kemahiran semata-mata tetapi juga pemerkasaan modal insan dalam kalangan pelajar melalui program kerohanian yang turut diadakan,” jelasnya.

Menurut beliau, pengurusan Kolej Keda tidak dapat disangkal lagi dengan kemampuan memperoleh pengiktirafan penarafan lima bintang daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia sejak 2017 sehingga kini.

Abd. Aziz berkata, Kolej Keda turut menjalin kerjasama dengan pelbagai industri.

Antara syarikat dan agensi yang telah menjalin usaha sama dengan kolej itu adalah Sapura Energy Bhd., Sirim Bhd., Akademi Binaan Malaysia, Malaysia Chef Association, First Solar Malaysia Sdn. Bhd., Prihoda Malaysia, Alam Serantau, Institut Automotif Robotik Dan Lot Malaysia, Home Taylor Garment dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Tambah beliau, Kolej Keda juga menjadi pilihan kerana sejak dua tahun ini, kebolehpasaran graduan meningkat sebanyak 91 peratus berbanding tahun- tahun sebelum ini.

Kolej Keda dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Keda dibina dalam tahun 1986 dan mula beroperasi pada bulan Mac 1989.

Ia telah dijenamakan dengan nama Kolej Keda pada 2012.

Kolej tersebut telah menjalankan program Sijil Kemahiran Malaysia dengan menawarkan bidang kemahiran iaitu Teknologi Kimpalan, Teknologi Elektrik, Teknologi Motosikal, Teknologi Makanan serta Teknologi Fabrik Lelaki dan Wanita.

Program lain yang ditawarkan ialah Teknologi Automotif dan Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang kemahiran Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara.

Program berkenaan telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI