fbpx

Budak 2 tahun maut, tertinggal dalam kereta lebih 7 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh manakala bedah siasat dijalankan hari ini. 

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas lebih tujuh jam ditinggalkan dalam kereta, di kawasan perumahan Ara Damansara, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd. Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada wanita berusia 30-an yang memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri pada pukul 3.49 petang.

“Hasil siasatan lanjut mendapati pada pukul 7 pagi semalam, ibu kanak-kanak berkenaan menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran seterusnya, pergi ke tadika berhampiran untuk menghantar mangsa.

“Sampai di tadika, ibu mangsa berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.

“Ibu mangsa terus balik ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada dalam kereta pada pukul 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohamad Fakhrudin, bapa mangsa membuat panggilan kecemasan serta memberi rawatan awal kepada mangsa sehingga pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh manakala bedah siasat dijalankan hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI