fbpx

EPL: Peraturan halang hasrat Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEVES dikaitkan kembali ke EPL untuk menyertai Newcastle ketika pasukan itu sedang mencari pengganti kepada Tonali. - AFP

LONDON – Semua pasukan yang bersaing dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) akan melakukan undian untuk mengenakan sekatan sementara terhadap peraturan pinjaman pemain yang beraksi bersama kelab di bawah entiti pemilikan yang sama bermula Januari ini.

Peraturan tersebut sekiranya mendapat sokongan majoriti bakal menyaksikan Newcastle United daripada membawa masuk pemain pinjaman dari kelab yang turut dimiliki oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi.

Ketika ini, Newcastle dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat bekas kapten Wolverhampton, Ruben Neves yang beraksi bersama Al-Hilal di Liga Arab Saudi yang juga dimiliki oleh PIF Arab Saudi iaitu pemegang saham majoriti The Magpies.

Skuad kendalian Eddie Howe sedang berusaha mendapatkan khidmat pemain tengah apabila kehilangan khidmat Sandro Tonali yang digantung selama 10 bulan menyebabkan idea untuk membawa masuk secara pinjaman mula timbul.

Proses undian tersebut dijangka diadakan pada 21 November ini dan 14 daripada 20 pasukan perlu mengundi untuk menghalang proses tersebut untuk menjadikannya disahkan, namun implementasinya hanya melibatkan pinjaman masuk, tetapi bukan untuk pemain yang dipinjamkan keluar ke pasukan lain.

Undian berkenaan dilaporkan hanya bersifat sementara untuk diguna pakai pada jendela perpindahan musim sejuk pada Januari ini, namun keputusan untuk mengekalkannya akan melalui perbincangan yang lebih terperinci. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI