fbpx

Doa kalian makbul – Alif Satar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alif bersyukur isteri dan anak-anaknya tidak dijangkiti virus tersebut.

PETALING JAYA – Selebriti serba boleh, Alif Satar bersyukur dan berterima kasih untuk doa semua pihak apabila isterinya, Sha Dila Halid, 34, serta tiga anak mereka, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, setahun didapati negatif Covid-19.

Pemberitahuan tersebut dikongsikan sendiri Alif menerusi Instagramnya pagi tadi.

“Allah SWT makbulkan doa kalian semua. Alhamdulillah, isteri dan anak-anak Alif bebas daripada Covid-19 dan akan terus kuarantin di rumah selama dua minggu,” ujar Alif yang kini sedang menjalani rawatan dan kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka.

Pada masa sama, pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu juga menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak henti-henti mendoakan keselamatan dan kesejahteraan keluarganya.

“Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan WhatsApp.

“Alif baca dan di sini Alif ucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas doa tuan-tuan dan puan- puan sekalian. Terima kasih atas semua yang telah anda lakukan untuk keluarga saya.

“Saya berdoa semoga Allah SWT mengabulkan doa untuk anda dan keluarga anda juga. Insya-Allah,” tulisnya lagi.

Pada Ahad lalu, Alif membuat pengumuman mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan di sebuah pusat perubatan di Melaka.

Sebagai kontak rapat, Sha Dila dan tiga anaknya turut melakukan ujian sama di kediamannya pada pukul 9.30 pagi, semalam (Isnin).

Selain keluarganya disahkan positif, beberapa artis seperti Ernie Zakri, Shiha Zikir, Naim Daniel, Andi Bernadee, Sherry Alhadad serta pengurus Alif, Adlina Abu Bakar juga disahkan negatif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI