fbpx

Ular sawa kekenyangan baham anak lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular sawa seberat 50kg ditangkap di Ladang Sawit Kampung Selekoh, Alor Pongsu, Bagan Serai, semalam. - Foto IHSAN APM KERIAN

BAGAN SERAI – Seekor ular sawa ditemui dalam keadaan kekenyangan di sebuah saliran parit di Ladang Sawit Kampung Selekoh, di sini semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kerian berkata, pada pukul 11.21 pagi, pihaknya menerima laporan daripada penduduk setempat yang memaklumkan penemuan haiwan itu.

Menurutnya, sepasukan anggota APM segera ke lokasi kejadian dan menemui seekor ular sawa di dalam parit di ladang sawit berkenaan.

“Ukuran panjang reptilia itu ketika ditangkap ialah lebih lima meter dan berat melebihi 50 kilogram dan ia telah ditemui oleh seorang pekerja ladang yang melihat ular itu di dalam saliran parit dan dipercayai reptilia itu kekenyangan setelah membaham seekor anak lembu.

“Reptilia itu kita bawa balik ke pejabat sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan) Kerian untuk tindakan lanjut. Operasi selesai pada jam sekitar 2 petang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI