fbpx

K2

Hampir 100 cara pakai sari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROSES mengikat sari perlu dilakukan dengan ketelitian.

Biarpun amalan pemakaian sari masih lagi diamalkan segenap lapisan masyarakat, namun teknik lilit dan ikat sari secara tradisional semakin pudar.

Pakar tekstil Asia Selatan, Cristin McKnight Sethi berkata, warga emas di kawasan luar bandar India masih memakai sari dalam kehidupan harian mereka.

“Pemakaian sari sepanjang masa masih lagi diamalkan oleh golongan tua di beberapa wilayah di India.

“Mereka memiliki sari yang dipakai untuk tidur, ketika buat kerja-kerja rumah, ke bazar dan ke majlis perkahwinan,” katanya.

Ujar pensyarah sejarah seni di Universiti George Washington itu, kebanyakan wanita muda dan penduduk kota lebih cenderung memakai pakaian moden atau salwar (sut tunik dan seluar).
Golongan tersebut hanya menggayakan sari pada acara-acara keramaian tertentu seperti perayaan, majlis perkahwinan dan pesta keagamaan.

Ujar Sethi lagi, disebabkan pemakaian sari hanya diamalkan pada acara-acara tertentu, masyarakat lebih gemar membeli sari sedia pakai.

“Sebenarnya, sari konvensional boleh dililit dengan hampir 100 cara.

“Bergantung juga pada fabrik, sesetengah sari perlu dipin dengan jarum supaya tidak bergerak, manakala sesetengah lagi lebih mudah dibentuk dan tersusun,” katanya.

Kepelbagaian gaya pemakaian sari di India.

Enggan melihat teknik warisan hilang ditelan zaman, pengasas jenama Border and Fall, Malika Verma Kashyap, 42, melancarkan kempen ‘The Sari Series: An Anthology Drape’ untuk mengajar teknik pemakaian sari.

Bekerjasama dengan sejarawan tekstil sari, Rta Kapur Chishti, 76, pihak Border dan Fall setakat ini telah merakam 89 video cara-cara melilit dan mengikat sari.

“Kami mahu memperkenalkan semula cara menyarungkan sari ke dalam fesyen India kontemporari dan menjadikan pakaian itu lebih mudah diakses oleh wanita bandar.

“Cara lilitan sari berbeza mengikut wilayah di India. Semuanya memiliki cara tersendiri berdasarkan kegunaan pakaian ini pada satu-satu masa,” ujarnya.

Tambahnya, gaya paling terkenal di serata India adalah lilitan Nivi drape yang boleh dilihat dalam filem Bollywood. Pada gaya tersebut, satu sudut sari dimasukkan ke dalam kain dalam dan selebihnya dililit pada badan, sementara baki kain diletakkan di atas bahu kiri dalam bentuk pallu.

Malika berkata, usahanya itu diharap membantu melestarikan teknik pemakaian sari agar dapat terus diwarisi kepada generasi pada masa hadapan.

 

Artikel ini merupakan artikel rencana. Untuk baca penuh sila baca di https://www.kosmo.com.my/2023/11/09/sari-dulu-dan-kini/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI