fbpx

Kaki bengkak, telinga berdesing, Iman Troye trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERBABIT dalam kemalangan baru-baru ini, Iman Troye trauma untuk kembali memandu kereta.

PETALING JAYA – “Alhamdulillah, saya selamat cuma Baby Noah (kereta) sudah ‘tempang’.”

Demikian perkongsian penyanyi Iman Troye yang terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 1 November lalu.

Berikutan kejadian itu, Iman mengakui dirinya dihantui perasaan trauma bahkan sehingga hari ini dia berasa takut untuk memandu.

“Hari pertama November saya kemalangan. Hujan lebat dan jalan licin menyebabkan kereta saya gagal dikawal.

“Jadi, sekarang saya tidak berani memandu sendiri dan memang 100 peratus mengharapkan Grab, keluarga dan kawan-kawan sahaja,” katanya dalam hantaran Instagram.

Menurut pemilik nama asal Siti Nur Alyssa Sahabudin itu lagi, dia mengalami kecederaan ringan akibat hentakan dalam kemalangan terbabit.

“Cuma kecederaan kecil sahaja sebab kepala saya terhentak pada tingkap kereta.

“Kaki saya bengkak dan telinga bahagian kanan berdesing terus tidak dengar apa-apa.

“Keesokannya (2 November), pendengaran kanan saya kurang dari kiri. Namun, sekarang alhamudlillah semuanya baik sahaja,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI