fbpx

Hujan lebat di empat negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri, pagi ini.

Menurut laporan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca buruk tersebut bakal berlarutan sehingga pukul 12 tengah hari ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak iaitu di Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung).

“Cuaca sama diramal berlaku di Kelantan iaitu di sekitar kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh,” katanya.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat dan angin kencang juga bakal melanda Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang, Terengganu.

Di Selangor, cuaca buruk diramal di Kuala Selangor dan Klang manakala di Sarawak hujan lebat dijangka melibatkan Kuching dan Samarahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI