fbpx

Empat rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kepong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika kerja-kerja pemadaman api melibatkan empat buah rumah serta dua kenderaan, awal pagi tadi. Foto IHSAN JBPM

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat buah rumah serta dua kereta musnah dalam kebakaran yang berlaku di kawasan perumahan Taman Desa Jaya, Kepong, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 3.42 pagi.

Katanya, seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, BBP Sungai Buloh dan BBP Rawang bersama jentera telah dikerahkan ke lokasi kebakaran.

“Kebakaran melibatkan empat buah rumah yang mana dua musnah 70 peratus, manakala dua lagi terbakar sebanyak 10 dan 70 peratus.

“Susulan kejadian ini, dua buah kenderaan didapati musnah sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, insiden kebakaran berkenaan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI