fbpx

Kasihan harimau selalu kena tuduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemunculan harimau yang didakwa berlaku di Pulau Tiga, Kampung Gajah.

IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menyangkal dakwaan satu video tular mengenai kemunculan seekor harimau di Pulau Tiga, Kampung Gajah.

Pengarah Perhilitan, Yusoff Shariff berkata, hasil semakan mendapati video itu merupakan rakaman lama dan kejadian tersebut berlaku di luar negara.

Katanya, video sama juga pernah tular pada tahun 2020 di mana Perhilitan ada mengeluarkan kenyataan yang menafikan kejadian itu kononnya berlaku di Selangor.

“Kemunculan harimau itu dirakam di India dan video tersebut pernah tular sekitar tiga tahun lalu apabila didakwa berlaku di Selangor. Kali ini video sama ditularkan semula sedangkan tiada kejadian seumpama itu dilaporkan,” katanya di sini hari ini.

“Kita kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang berkongsi video tanpa maklumat sahih sehingga mencetuskan kegusaran penduduk setempat,” katanya.

Terdahulu tular sebuah video bersama satu mesej suara dalam loghat Perak mendakwa seekor harimau muncul dikatakan di sebuah kawasan di Pulau Tiga, Kampung Gajah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI