fbpx

Isteri perdaya kekasih gelap suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG isteri memerangkap suami dan teman wanitanya di sebuah hotel di Makassar baru-baru ini. - Instagram

JAKARTA – Satu rakaman video menunjukkan senario seorang wanita ‘memerangkap’ kekasih gelap suaminya dengan cara menyuruh kedua-dua mereka datang ke bilik sebuah hotel di Makassar, lapor portal berita Sulaselsatu semalam.

Video itu menjadi tular di laman media sosial selepas dimuat naik di Instagram oleh akaun @teropongmakassar.

“Dipercayai perampas suami orang diperangkap oleh isterinya yang sah,” kata keterangan video tersebut.

Tambah keterangan itu lagi, si isteri memerangkap kekasih gelap suaminya selepas dia  menghubungi wanita itu menggunakan telefon bimbit milik suaminya.

Sejurus tiba, kedua-dua pasangan kekasih itu kelihatan terkejut apabila si isteri turut berada di bilik berkenaan.

Namun, tidak dinyatakan keadaan mereka bertiga selepas itu.  

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Masih mahu berpura-pura tidak mempunyai apa-apa hubungan. Buktinya, ‘dipancing’ ke bilik hotel, mahu pula dia datang,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI