fbpx

Datuk ‘kelentong’ jual nama VVIP, kertas siasatan dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung penipuan pelaburan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ di sebuah hotel, di Petaling Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR – Polis telah membuka kertas siasatan berkaitan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ yang didakwa menipu ratusan pelabur dengan menjual nama rakan kongsinya yang bergelar ‘Tan Sri’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dijalankan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA).

“Kita kena siasat dulu dakwaan yang menyatakan ‘Datuk’ itu dilindungi oleh ‘Tan Sri’. Bila maklumat yg bukan kita keluarkan, kita kena siasat, kita nak sahkan berita dan maklumat itu benar.

“Kalau dia kata cakap dilindungi oleh ‘Tan Sri’ ke ‘Perdana Menteri’ ke kita kena siasat. Tak boleh terus-terus buat kesimpulan sebab maklumat itu bukan datang dari saya atau JSJK sendiri.

“Memang kita dah minta untuk siasat, kertas siasatan sudah dibuka,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Bukit Aman, hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ didakwa menipu ratusan pelabur dengan janji manis apabila menjual nama rakan kongsinya yang bergelar ‘Tan Sri’ melalui 18 syarikat pelaburan.

Tidak hanya menyasarkan rakyat biasa, malah syarikat swasta, kerajaan, golongan profesional seperti doktor serta pelabur antarabangsa didakwa turut dijadikan mangsa yang sehingga kini jumlah kerugian dianggarkan hampir RM 1 billion.

Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (Maper), Shah Abdul Malek, 50, berkata, individu berkenaan pada awalnya memberi jaminan pulangan yang tinggi sehingga enam peratus setiap bulan bagi setiap wang yang dilaburkan.

Menurutnya, dalam tempoh beberapa bulan, individu berkenaan tidak membayar pulangan dijanjikan, malah membuat ugutan akan melaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung punca kewangan pelaburnya yang melabur sehingga jutaan ringgit. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI