fbpx

Marea mulakan inisiatif fasa kedua EPR di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil Marea memberi penerangan tentang cara pengurusan sisa dan sampah di Langkawi baru-baru ini.

PETALING JAYA – Malaysian Recycling Alliance (Marea) telah bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memulakan fasa kedua dalam projek sulung dalam inisiatif Extended Producer Responsibility (EPR) di Langkawi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roberto Benetello berkata, untuk fasa kedua, projek ini akan memfokuskan kepada usaha meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang pengurusan sisa dan kitar semula di Langkawi, yang mana ia melibatkan kawasan di Taman Sri Aman, Kampung Padang Putih, Simfoni Beliza Apartment dan juga Taman Dahlia.

“Ia melibatkan lebih daripada 1,300 isi rumah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Benetello, pelancaran fasa kedua projek itu telah  melibatkan pelbagai aktiviti menarik untuk menggalakkan lebih ramai penduduk di kawasan berkenaan menyertainya.

“Inisiatif ini akan dapat mengalakkan komuniti terlibat sama dalam pengurusan sisa sekali gus dapat meningkatkan kesedaran mereka tentang pengurusan sisa dengan cara yang betul,” jelasnya.

Tambah beliau, antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak dan remaja serta pertandingan mengasingkan sumber untuk golongan dewasa yang mana ia memberi peluang kepada peserta melatih diri melakukan teknik mengasingkan bahan buangan yang dipantau oleh para pelatih.

Projek tersebut telah dimulakan pada bulan Ogos 2022 dan ia adalah turut melibatkan kerjasama dengan agensi kerajaan, pemain dan pengeluar. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI