fbpx

Kerana loket huruf Z, Fyna ‘ditegur’ netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DILIHAT memakai rantai berloketkan huruf Z, ramai netizen beranggapan Fyna Jebat belum dapat melupakan bekas suaminya, Datuk Zainal Abidin.

PETALING JAYA – NAMA penyanyi Fyna Jebat kembali hangat diperkatakan apabila dilihat memakai rantai leher berhias loket huruf Z yang
didakwa netizen merujuk kepada nama bekas suaminya, Datuk Zainal Abidin.

Hadir memberikan sokongan kepada peserta Famili Duo 2023 (FD3) pada konsert minggu keempat Ahad lalu, bekas peserta program realiti pertandingan itu bagaimanapun mengakui hidupnya kembali tenang selepas bercerai.

Malah tegasnya, imej baharu berambut pendek langsung tiada kaitan dengan perceraian mereka, sebaliknya dia hanya kembali kepada gaya lama ketika menyertai Akademi Fantasia pada 2011.

Begitupun, rata-rata netizen menganggap Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 30, belum dapat melupakan Zainal, 62, walaupun mengakui sudah tiada ikatan dengan bekas pemain bola sepak tersohor terbabit.

Perkara tersebut diperkatakan pengikut dalam ruangan komen Instagram yang beranggapan hati penyanyi Menangis Lagi itu masih ‘terikat’ dengan bekas suaminya.

Namun, ketika ramai mempertikaikan tindakan Fyna menggayakan loket berkenaan, masih ada peminat mempertahankan pilihannya.

Mereka menegaskan penyanyi terbabit sudah lama memakai rantai dan loket Z, cuma ketika itu orang ramai tidak menyedarinya.

Bergelar isteri kedua Zainal pada awal tahun ini, ikatan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila sekitar Ogos lalu Fyna disahkan sudah bercerai dipercayai tiga bulan sebelumnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI