fbpx

UCL: Milan berjaya sempurnakan misi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIROUD muncul wira Milan apabila meledak gol kemenangan ketika mereka membenam cabaran PSG di San Siro awal pagi semalam. - AFP

MILAN – AC Milan terus menghidupkan peluang untuk melangkah ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 2-1 pada aksi ‘wajib menang’ di San Siro awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, PSG terlebih dahulu mendahului 1-0 hasil jaringan Milan Skriniar seawal minit kesembilan sebelum Milan bangkit dengan dua gol menerusi duo serangan, Rafael Leao dan Olivier Giroud.

Jurulatih Milan, Stefano Pioli menghamburkan pujian terhadap kesungguhan serta kegigihan barisan pemainnya pada perlawanan itu bagi memastikan mereka mengutip tiga mata penting di laman sendiri.

“Secara jujur, aksi menentang Udinese sebelum ini adalah persembahan terburuk kami. Bagaimanapun, malam ini (semalam) saya boleh katakan semua pemain menunjukkan aksi terbaik mereka.

“Saya memuji aksi serta persembahan ditampilkan semua pemain. Ini adalah perlawanan yang sangat penting, jadi selepas ini kami perlu lakukannya sekali lagi apabila melayan kunjungan Borussia Dortmund,” katanya.

Kesemua empat pasukan dalam Kumpulan F masih berpeluang untuk merebut tempat ke pusingan kalah mati kerana masih berbaki dua perlawanan dengan Dortmund dan PSG menghuni kedudukan dua teratas, masing-masing mengumpul tujuh dan enam mata.

“Apa yang pasti, saya mahu Milan bermain seperti ini dalam setiap perlawanan, namun kadangkala kami tersilap percaturan dan gagal dapatkan keputusan dimahukan. Bertemu PSG, kami bermain dengan baik selain menunjukkan semangat juang tinggi,” ujar Pioli. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI