fbpx

Bacaan Qunut Nazilah di masjid, surau setiap solat fardu bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengarahkan masjid-masjid utama di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk membaca doa Qunut Nazilah pada setiap solat fardu bermula hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pada masa sama, masjid dan surau bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga diminta melaksanakan perkara yang sama.

“Kami mengecam dan mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan Zionis Israel yang terus melancarkan serangan kepada Palestin sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan kanak-kanak selain memusnahkan kediaman, premis awam dan sebagainya.

“Tindakan Zionis Israel adalah biadab serta amat tidak bertanggungjawab. Marilah bersama-sama kita terus bersatu hati berdoa agar Allah memberikan kesejahteraan dan keamanan buat rakyat Gaza di Palestin,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, orang ramai juga boleh terus menghulurkan bantuan dan sokongan dalam pelbagai platform bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Gaza, Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI