fbpx

7,664 individu B40 terima manfaat MyLesen B2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rospiagos (tiga dari kanan) bersama sebahagian penerima lesen P kepada peserta program MyLesen B2 di SMK Seri Nering, Besut hari ini.

BESUT – Program MyLesen B2 yang dilaksanakan sejak bulan Mei lalu telah memberi manfaat kepada 7,664 individu yang berjaya memiliki lesen memandu percubaan (lesen P) secara percuma.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Rospiagos Taha berkata, berdasarkan peruntukan dalam Belanjawan 2023, program MyLesen B2 berkenaan bakal memberi manfaat kepada 9,000 individu berkelayakan dalam kalangan golongan kurang berkemampuan atau B40.

“Baki peserta program ini dalam proses untuk menerima lesen P sama ada sedang mengikuti kelas undang-undang jalan raya atau mengulang semula ujian.

“Saya harap mereka akan menggunakan lesen memandu berkenaan untuk manfaat seharian sama ada menjana pendapatan mahu aktiviti kehidupan lain,” katanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nering di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan lesen memandu di bawah program MyLesen B2 peringkat Terengganu.

Dalam perkembangan sama, seramai 897 individu B40 di Terengganu menyertai program MyLesen B2 dengan setakat ini, 514 telah lulus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI