fbpx

Menteri Besar Kelantan rai konvokesyen anak bongsu di UniSZA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nassuruddin (dua dari kiri) dan isteri, Wan Norhanita (kanan) meraikan majlis konvokesyen anak bongsu mereka, Amanina (dua dari kanan) di UniSZA, Kuala Nerus hari ini

KUALA NERUS – Kesibukan tugas sebagai Menteri Besar Kelantan tidak menghalang Datuk Mohd. Nassuruddin Daud meluangkan masa menghadiri majlis konvokesyen anak bongsunya di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini.

Beliau bersama isteri, Datin Wan Norhanita Wan Yaakob turut bermalam selama sehari di negeri ini untuk meraikan kejayaan Amanina yang menerima skrol Diploma Usuluddin pada Konvokesyen UniSZA ke-15.

Menurutnya, beliau mengambil tanggungjawab sebagai bapa dengan mengosongkan jadual rasmi sebagai Menteri Besar Kelantan bagi meraikan kejayaan Amanina.

“Saya sudah pesan kepada pegawai-pegawai (Pejabat Menteri Besar Kelantan) agar mengosongkan jadual saya kecuali program atau majlis benar-benar penting (melibatkan Istana).

“Detik-detik istimewa seperti ini bukannya selalu, tidak salah kita sebagai ibu bapa untuk meluangkan masa menghargai dan menyambut kejayaan anak dalam bidang pendidikan,” katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen UniSZA ke-15 di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin berkata, beliau merupakan bapa yang amat mementingkan pendidikan bagi kesemua tujuh anaknya.

Beliau mengakui tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis graduasi empat anakmya yang melanjutkan pelajaran di luar negara.

“Bagaimanapun, bagi tiga anak saya yang belajar di universiti dalam negara iaitu dua daripadanya di UniSZA, saya sedaya upaya melapangan diri hadir ke majlis konvokesyen mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI