fbpx

Konflik Palestin-Israel: Nasi sebungkus kongsi empat orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video siaran langsung Hazeman Huzir bersama wakil NGO di Palestin yang dimuat naik di akaun X nya.

PETALING JAYA – Keperitan dan kesusahan rakyat Palestin untuk meneruskan hidup sekali lagi mendapat simpati di mata dunia apabila nasi sebungkus terpaksa dikongsi bersama empat orang.

Menerusi potongan video siaran langsung pempengaruh media sosial, Hazeman Huzir bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berada di Palestin, keadaan tersebut berlaku semasa awal peperangan.

“Di hari-hari pertama kami mampu mendapatkan makanan panas. Kami peroleh 2,500 makanan panas untuk 2,500 orang. Jadi satu makanan untuk seorang.

“Bila kami agihkan, kami agihkan untuk 10,000 orang. Maksudnya setiap empat orang kongsi satu makanan. Ibaratnya di Malaysia, nasi ayam sebungkus kongsi empat orang,” katanya.

Namun, keadaan bertukar menjadi lebih memilukan apabila kini tiada lagi makanan panas boleh didapati dan rakyat Palestin kini hanya bergantung kepada makanan dalam tin.

“Sekarang tiada lagi makanan panas. Saya cuba berikan makanan tin dan jem strawberi. Kita sedang cuba sehabis baik kita.

“Semalam kami agihkan ubi kentang, tapi kami kena fikir macam mana nak masak kerana tiada gas dan bahan bakar. Kami sedang kumpulkan kayu untuk gunakan api,” katanya.

Sehingga kini ciapan Hazeman di aplikasi X telah mendapat lebih 2,400 ulang ciap dan 2,900 tanda suka.

Hazeman berkata, bahagian temubual itu membuatkan dirinya hanya makan sekali sehari kerana rasa serba salah.

“Inilah bahagian temubual yang menyebabkan aku makan sekali sehari. Rasa bersalah nak makan dua kali sehari,” ciapnya.

Menerusi statistik Kementerian Kesihatan Palestin, setakat Isnin lalu, seramai 9,770 mati syahid dan 24,808 cedera.

Terdahulu, Hamas melakukan serangan mengejut terhadap Israel termasuk serangan roket bertubi-tubi dan penyusupan ke Israel melalui darat, laut dan udara pada hari sambutan perayaan Yahudi.

Hamas berkata, operasi itu sebagai tindakan balas terhadap pencerobohan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan keganasan peneroka haram Yahudi yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin.

Rejim Israel kemudian melancarkan Operasi Pedang Besi terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI