fbpx

Dewan Rakyat: 186 mangsa sindiket penipuan pekerjaan belum dapat dijejaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang berusaha menjejaki dan mengesan seramai 186 rakyat Malaysia yang dilaporkan menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin berkata, setakat ini seramai 518 rakyat Malaysia yang menjadi manga penipuan tersebut telah berjaya dijejaki dan selamatkan.

“Data rasmi yang ada pada Kementerian Luar bagi mangsa yang dapat kita jejaki, kesan dan berjaya diselamatkan seramai 518 orang dan yang masih sedang dikesan seramai 186 orang.

“Sudah dibawa pulang seramai 500 orang, jadi jumlah yang mendaftar secara rasmi kepada kita sebanyak 704 orang, namun banyak laporan media kata (jumlah mangsa) lebih daripada itu dan ada yang kata sampai 2,000 orang.

“Ini barangkali ada yang belum mendaftar dan belum dijejaki. Kita mohon kerjasama semua pihak ada maklumat beri pada kami untuk mengesan dan membawa pulang mangsa,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Sabri Azit (PN-Jerai) yang mahu tahu apakah semua rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara telah diselamatkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI