fbpx

Banjir: 340 penduduk berlindung di empat PPS Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di daerah Kerian semalam. Foto IHSAN JPBN Perak

IPOH – Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 340 orang daripada 99 keluarga dari daerah Hilir Perak dan Kerian setakat pukul 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, jumlah itu meningkat seramai 33 orang berbanding 307 mangsa daripada 99 keluarga pada pukul 2 petang semalam.

Katanya, empat pusat pemindahan sementara (PPS) kekal beroperasi iaitu di dua di daerah Hilir Perak dan dua di daerah Kerian.

“Bagi daerah Hilir Perak, seramai 165 mangsa daripada 50 keluarga berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala 21 orang daripada enam keluarga pula di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Langkap.

“Di Kerian, seramai 97 mangsa daripada 24 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak manakala 57 orang daripada 19 keluarga di PPS SK Alor Pongsu,” katanya.

Sementara itu, kejadian tanah runtuh berlaku di Felda Trolak Jaya, Slim River menyebabkan beberapa pokok tumbang menghalang laluan.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River ke lokasi kejadian bagi kerja pemotongan pokok selepas menerima aduan pada pukul 6.30 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI