fbpx

ACL: JDT hidupkan peluang, menang tipis 2-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSCAR ARRIBAS dikawal dua pertahanan Ulsan Hyundai Jung Seunghyun dan Lee Gyusung pada perlawanan Liga ACL Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Ulsan Hyundai 2-1 dalam aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Pada perlawanan itu, skuad bimbingan Esteban Solari tampil dengan aksi lebih meyakinkan ketika berdepan kelab Korea Selatan berbanding aksi pertama sebelum ini.

Skuad Harimau Selatan membuka jaringan apabila Fernandes yang menerima umpanan Afiq Fazail melepaskan rembatan kencang menewaskan Hyeonwoo bagi meletakkan JDT di hadapan.

Ketika pasukan JDT tampak leka, Valeri Qazaishvili membuat umpanan cantik melepasi beberapa pemain Harimau Selatan yang disambut Ataru Esaka sebelum berjaya meletakkan bola ke gawang lawan pada minit ke-68.

Tindakan Solari membawa masuk Akhyar Rashid membawa tuah apabila sentuhan pertama pemain sayap itu berjaya menjelmakan gol kemenangan buat JDT pada minit ke-86. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI