fbpx

Kawan tetak kawan sebab tak beri pinjam duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Gara-gara tidak memberikan wang untuk dipinjam, seorang lelaki ditetak menggunakan senjata parang oleh rakannya sendiri dalam kejadian berdekatan sebuah klinik di Pekan Bukit Pelandok, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan polis awal pagi tadi iaitu kurang 24 jam selepas kejadian di sebuah rumah di Taman Murni, Chuah di sini pada pukul 1.15 pagi tadi.

“Mangsa dan suspek merupakan rakan dan punca kejadian ekoran mangsa enggan memberi suspek meminjam wang. Akibatnya, suspek dalam keadaan pengaruh alkohol menyerang mangsa menggunakan senjata parang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini

Aidi Sham berkata, siasatan mendapati suspek mempunyai 12 rekod lampau melibatkan kes jenayah serta dadah dan masih dikehendaki bagi satu kes dadah, malah ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah Methamphetamine.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Majisteret Port Dickson dan permohonan reman diluluskan selama enam hari bermula hari ini sehingga 12 November untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI