fbpx

Empat cedera kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 9.3 Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Seremban yang turut mengakibatkan tiga pekerja penyelenggaraan lebuh raya cedera.-Gambar media sosial

SEREMBAN – Empat termasuk pekerja penyelenggaraan lebuh raya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh dalam kejadian kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 9.3, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyata Vios yang dipandu wanita di lorong kiri hilang kawalan ke lorong kanan lebuh raya.

Kenderaan itu kemudian melanggar sebuah trak pikap jenis Isuzu D-Max yang sedang bergerak di lorong kanan arah yang sama.

“Pelanggaran itu menyebabkan Isuzu D-Max hilang kawalan dan melanggar sebuah lori milik penyelenggara lebuh raya yang sedang berhenti di bahu kiri jalan.

“Impak pelanggaran juga telah menyebabkan lori tersebut terbabas ke dalam longkang. Pemandu Isuzu D-Max, pemandu lori dan dua lagi penumpangnya cedera ringan di badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Said, pemandu kereta Toyota Vios tidak cedera.

Kes disiasat dibawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59) . -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI