fbpx

Cuaca buruk landa seluruh negara hingga 7 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca buruk berlaku hampir seluruh negara dan dijangka berlanjutan sehingga pukul 7 malam nanti.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi melanda utara Semenanjung termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Selain itu, keadaan sama turut tertumpu di Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Di Sarawak, hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di sekitar Miri (Subis dan Beluru) dan Limbang (Lawas), manakala bagi negeri Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan) dan Sandakan (Tongod),” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI