fbpx

Cahaya laser halang pemandu tertidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian di aplikasi X.

PETALING JAYA – Pihak berkuasa China menggunakan teknologi laser untuk menghalang pemandu daripada tertidur ketika memandu di lebuh raya negara itu.

Melalui perkongsian video di aplikasi X, lampu laser itu mempunyai tiga warna cahaya bertenaga iaitu merah, hijau dan biru yang dipasang di Lebuh Raya Qindao-Yinchuan, China.

Pemilik video yang mahu dikenali sebagai Li berkata, sistem laser tersebut dipasang secara strategik di sepanjang jalan dan dilengkapi dengan sistem pengesan deria yang dapat memantau tingkah laku pemandu.

“Apabila tanda mengantuk atau gangguan dikesan, sistem laser akan mengeluarkan isyarat bercahaya yang boleh dilihat atau kesan bunyi yang dapat meningkatkan perhatian pemandu untuk kembali fokus,” katanya.

Bagaimanapun, ramai yang bimbang dengan penggunaan lampu laser berkenaan kerana ia dikatakan akan mengganggu penglihatan pemandu.

“Cahaya ini akan menyebabkan penglihatannya terganggu dan ini akan membahayakan nyawa dirinya dan pemandu lain,” kata Gilli Roth. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI