fbpx

MotoGP: Pecco Bagnaia akui sukar pertahan gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PECCO hanya memiliki kelebihan 13 mata sebagai pendahulu dan mengakui cabaran sukar untuk mempertahankan gelaran juara dunia. - AFP

MADRID – Juara bertahan, Francesco Bagnaia mengakui beberapa faktor memainkan peranan apabila persaingan kejuaraan dunia saingan MotoGP musim ini berlangsung lebih sengit berbanding tahun lalu.

Sebagai rekod, Pecco yang mewakili pasukan Ducati kini hanya meraih kelebihan 13 mata berbanding pencabar terdekat daripada pelumba Pramac Racing, Jorge Martin dengan jaguh VR46, Marco Bezzecchi turut berpeluang mencabar kejuaraan dunia.

Menurut Pecco, antara sebab utama adalah semua jentera pesaing menggunakan enjin Ducati yang sama dan situasi tersebut menyaksikan sukar untuk mana-mana pelumba melakukan dominasi seperti yang dipamerkan beberapa musim lepas.

“Saya rasa kita tidak mempunyai sebarang kelebihan sehingga penghujung musim ini kecuali daripada aspek pengalaman. Buat masa sekarang, semua jentera pesaing memiliki kepantasan yang sama.

“Ini adalah keunikan MotoGP musim ini kerana kita bersaing sesama sendiri kerana setiap data boleh dikongsi,” kata pelumba kelahiran Itali berusia 26 tahun itu.

Mengulas lanjut, Pecco mengakui perebutan juara dunia pada musim lepas lebih memberi tekanan hebat berbanding tahun ini, tetapi apa sahaja boleh berlaku apabila saingan berbaki tiga perlumbaan.

“Musim lepas, saya diberi amanah untuk menamatkan kemarau 15 tahun Ducati dan kini situasi berbeza. Apa yang pasti, saya bangga dapat mencabar kejuaraan dunia buat musim ketiga berturut-turut dan harap tahun ini rezeki masih memihak kepada saya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI