fbpx

Tugas Harimau Malaya semakin mencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESTASI semasa skuad kebangsaan menjadi bukti F:30 yang bakal memasuki fasa kedua semakin membuahkan hasil.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan sasaran untuk menguasai pentas Asia Tenggara dan mencabar benua Asia bermula tahun depan sehingga 2026.

Strategi itu diletakkan FAM menerusi Pelan Kedua Tindakan Strategik Peta hala tuju F:30 2023-2026 yang bakal dilancarkan pada Sabtu ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman mengakui butiran terperinci hanya akan didedahkan pada majlis pelancaran nanti.

“Kita tunggu Sabtu ini, dekat situ kita akan nampak dengan jelas dalam pembentangan mengenai pencapaian fasa satu dan perancangan untuk fasa kedua,” katanya ketika ditemui.

Peta Hala Tuju F:30 dengan tempoh 12 tahun dibahagi kepada tiga Pelan Tindakan Strategik iaitu fasa pertama bermula 2019 hingga 2022.

Kemudian, fasa kedua selama tiga tahun bermula 2023-2026 dan fasa terakhir 2027 hingga 2030.

Pelan Pertama Tindakan Strategik 2019-2022 untuk membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertandingan dan pembangunan modal insan serta infrastruktur telah dilancarkan pada 31 Oktober 2018.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan FAM, bagi fasa kedua nanti, fokus utama adalah untuk menguasai saingan bola sepak serantau dan benua Asia.

“Exco bersetuju untuk melancarkan Pelan Kedua Tindakan Strategik F:30 2023-2026 yang dijadualkan pada Sabtu ini.

“Pelan Kedua Tindakan Strategik F:30 2023-2026 memfokuskan untuk menguasai ASEAN dan mencabar Asia dalam bola sepak,” kata kenyataan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI