STATUS sebagai selebriti tidak membuatkan aktor Baim Wong mengambil kesempatan di hospital walaupun dalam ketika berdepan masalah kesihatan.
Sikap mulia Baim terlihat ketika menunggu katil wad kosong di sebuah hospital baru-baru ini.
Seperti pesakit lain, dia mengakui tetap menunggu giliran sebelum ditempatkan di dalam wad berikutan masalah kesihatan yang tidak dinyatakan.
Biarpun ‘tersadai’ di kerusi sambil menunggu dengan tangannya dimasukkan ‘drip’, dia tetap tenang.
Malah Baim, 40, turut memaklumkan bertemu kawan baharu iaitu kanak-kanak bernama Anna yang turut menunggu giliran masuk wad.
Gambarnya sedang menunggu giliran di hospital itu dikongsikan dalam Instagram yang meraih reaksi positif peminat.