fbpx

[VIDEO] Guru buat kolam Deepavali bendera Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian di TikTok, milik Cikgu Siva.

PETALING JAYA – Sempena sambutan Deepavali akan datang, seorang guru seni telah mendapat perhatian di media sosial apabila menghasilkan seni hiasan ‘kolam’ yang memperlihatkan bendera Palestin dengan indahnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @koodugal di TikTok, individu yang dikenali sebagai Cikgu Siva dilihat menggunakan beras berwarna merah, putih, hijau dan hitam untuk membentuk kolam tersebut.

Kolam umumnya dilukis menggunakan tepung beras, beragam jenis beras berwarna, serta dihiasi dengan bunga-bunga cantik dan lampu berwarna-warni.

Hasil seni ini benar-benar memikat hati ramai dan mendapat pujian daripada pengguna media sosial.

“Cantik sangat. Terima kasih kerana bersama Palestin,” komen Izza Fadzil.

“Rasa sebak dan terharu melihat rakan-rakan yang bukan muslim menunjukkan solidariti terhadap penduduk Palestin,” tulis Noor Hidayah Shafie.

“Terima kasih dan selamat menyambut Deepavali buat Cikgu Siva dan sekeluarga, semoga lebih ramai lagi yang buka mata untuk isu Palestin ini,” tambah Dina.

Hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 1.6 juta tontonan, 195,000 tanda suka dan 10,400 komen. – KOSMO! ONLINE

@koodugal 🇵🇸Pray For Palestine🇵🇸#spreadlove #CikguSiva #artistsoftiktok #huminity #prayforpalestine #freepalestine🇵🇸❤️ ♬ suara asli – BERITA VIRAL 💫💫

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI