fbpx

Diana Danielle tak hamil, selera makan bertambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUKAN hamil, Diana menjelaskan perubahan berat badan adalah kerana kini berada dalam 'mood' kuat makan.

PETALING JAYA – Hanya kerana berat badan bertambah, pelakon Diana Danielle menafikan dakwaan ramai dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

Menurut Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, perbezaan berat badan kelihatan ketara kerana perubahan selera makan yang semakin bertambah berbanding dirinya sebelum ini.

“Seperti yang anda lihat, berat badan saya semakin bertambah. Terimalah kenyataan bahawa saya ada selera untuk makan ketika ini.

“Saya sejenis yang susah ada selera dan makan sikit. Saya juga tak suka makan sampai rasa kenyang,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory.

Dalam hantaran sama, penyanyi lagu Bersama Dengan Rindu itu berkata, dia kini berada dalam fasa membenarkan berat badannya bertambah sebelum sifat malas makan kembali.

“Jadi, sementara masih berselera dan seronok menikmati makanan, saya benarkan diri untuk tambah bedan sebelum satu masa nanti akan malas makan semula.

“Memang dah begini sejak dulu, jadi saya tidak hamil,” tegasnya.

Selain itu, menjengah dalam ruangan komen, bintang filem Imaginur itu juga dilihat membalas komen netizen yang tidak berhenti mendoakan dia berbadan dua selain gembira melihatnya semakin bahagia.

“Saya tak hamil, terima kasih,” balasnya ringkas.

Sebelum ini, dakwaan Diana sedang berbadan dua bertiup kencang selepas dia dan suami, Farid Kamil kembali rujuk sekitar September lalu.

Mereka bercerai pada 10 Ogos di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, kini berusia 9 tahun. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI