JOHOR BAHRU – Mayat sSeorang pesakit lelaki ditemui selepas terjatuh dari tingkat enam bangunan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini petang semalam.
Dalam kejadian pada pukul 5.20 petang itu, mangsa yang berusia 22 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan awal mendapati si mati merupakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) mental.
Menurutnya, pemuda itu dimasukkan ke wad pada pukul 12.30 pagi, 5 November lalu bagi menjalani pembedahan kaki kanan yang dijadualkan pada 8 November ini.
“Namun pembedahan itu dibatalkan kerana mangsa elesema dan dia dibenarkan keluar hospital. Mangsa dipercayai terjun dari tingkat enam dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.
Raub berkata, siasatan pihaknya di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).-KOSMO! ONLINE