fbpx

Piala Emas Raja-Raja : Kelantan, Selangor seri tanpa jaringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertahanan Kelantan (kiri) mengasak penyerang Selangor pada perlawanan suku akhir pertama Kejohanan Piala Emas Raja-Raja di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Kelantan gagal menggunakan kelebihan bermain di halaman sendiri apabila seri tanpa jaringan dengan Selangor pada perlawanan suku akhir pertama Kejohanan Piala Emas Raja-Raja di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Perlawanan bermula sengit dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mencari gol awal bagi memberi tekanan kepada pasukan lawan.

Walaubagaimanapun, tiada jaringan dapat dihasilkan sepanjang 45 minit pertama dan kedua-dua pasukan bergerak masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan kekal 0-0.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus garang menggempur kubu lawan sementara Selangor dilihat lebih kerap bertahan sambil mengintai peluang untuk melancarkan serangan balas.

Kelantan mencipta peluang terbaik untuk menjaringkan gol melalui gerakan menarik yang membolehkan Ahmad Amjad meloloskan diri ke dalam kawasan berbahaya Selangor, namun percubaan jarak dekatnya pada minit ke-50 tersasar.

Melihat pasukan tuan rumah lebih mendominasi, Selangor kemudiannya mengubah strategi bermula minit ke-56 dan kembali bermain secara terbuka untuk mengimbangi perlawanan.

Tiada jaringan berjaya dihasilkan pada perlawanan ini sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan gagal membawa sebarang bekalan ke suku akhir kedua Kejohanan Piala Emas Raja-Raja di Stadium UiTM Shah Alam pada 11 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI