fbpx

Kerajaan laksana segera tambah baik proses pelaksanaan projek DE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat MTEN di Parlimen hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan tindakan segera untuk tambah baik proses-proses pelaksanaan projek Penambahbaikan Proses Belanja Pembangunan (DE) termasuk membentuk pasukan rentas kementerian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pasukan itu akan menyemak dan menyediakan kerangka penambahbaikan untuk diluluskan secara bersepadu oleh kerajaan.

“Tindakan seterusnya ialah keputusan dasar ke arah desentralisasi dan pemberdayaan pelaksanaan projek dan kawalan peruntukan kepada agensi pelaksana yang diimbangi dengan tadbir urus yang ketat.

“Ia juga meliputi keputusan dasar ke arah pemusatan (sentralisasi) pelaksanaan projek
ICT dan penentuan spesifikasi atau kos di MAMPU untuk mengawal kos ICT serta sebagai persediaan ke arah GovTech,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) untuk mendengar perkembangan terkini mata wang ringgit serta membincangkan dua kertas cadangan iaitu Penambahbaikan Proses Belanja Pembangunan dan Menoktahkan Kemiskinan.

Katanya, mesyuarat turut dimaklumkan mengenai status pelaksanaan dalam usaha menoktahkan miskin tegar serta cabaran-cabaran dihadapi.

“Banyak usaha dan program-program telah dilaksanakan kerajaan dalam usaha membasmi miskin tegar antaranya program terkait bantuan tunai bulanan, naik taraf kediaman, pemberian modal perniagaan, latihan kemahiran dan penjanaan pendapatan.

“Usaha ini telahpun dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi dalam usaha menarik keluar rakyat daripada belengu miskin tegar.

“Kerajaan turut bersetuju dengan cadangan dikemukakan iaitu semua agensi dan kementerian menyemak dan mengemaskini data untuk mengesahkan jumlah penerima isi rumah miskin tegar yang telah dibantu dan menjana pendapatan,”’jelasnya.

Perdana Menteri berkata, semua agensi juga perlu mengenal pasti isi rumah yang boleh menyertai program dalam tempoh berbaki tiga bulan dan diserapkan di dalam program- program yang ditawarkan mengikut kesesuaian.

Jelasnya, bantuan tunai khas secara bulan akan dipertimbangkan untuk melepasi PGK makanan bagi isi rumah yang tidak berkemampuan menyertai aktiviti menjana pendapatan iaitu atas faktor umur, kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI