fbpx

Pembantu rumah baling perabot dari tingkat 20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembantu rumah tersebut melempar pelbagai barang kelengkapan termasuk perabot dan baju ke luar tingkap. – Mothership

SINGAPURA – Seorang pembantu rumah ditahan selepas melempar beberapa perabot rumah dari tingkat 20 sebuah apartmen di Singapura, lapor portal berita Mothership semalam.

Wanita berusia 34 tahun itu dilaporkan mengunci dirinya  di dalam bilik di apartmen Block 52 Commonwealth Drive sebelum melempar pelbagai barang kelengkapan termasuk perabot dan baju ke luar tingkap.

Kejadian itu berlaku pada pukul 4 pagi (waktu tempatan), Jumaat lalu.

Menurut majikannya, dia tinggal di rumah itu bersama seorang ibu saudara yang nyanyuk serta pembantu rumah berkenaan.

Antara tugas pembantu tersebut adalah menjaga warga emas berusia 76 tahun itu.

Tambahnya, pembantu rumah itu mula menjerit dan membaling barangan ke luar tingkap selepas mengunci diri di dalam bilik.

Bimbang dengan keadaan itu, lelaki berkenaan menghubungi polis dan sejurus tiba, pembantu rumahnya terus ditahan.

Tiada penjelasan lanjut mengenai penyebab tindakan itu, namun lelaki berkenaan mengakui bahawa tugas menjaga wanita nyanyuk bukan mudah. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI