fbpx

Warga emas merempat selepas dihalau anak angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil kedua-dua pihak bertemu bagi menyelesaikan konflik tersebut. - Instagram

JAKARTA – Seorang anak di Banyuasin sanggup menghalau ibu angkat yang membesarkannya sejak dia berusia dua tahun, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video kejadian dimuat naik dalam akaun Instagram @banyuasinterkini. Kelihatan sebuah rumah yang dipenuhi penduduk kampung.

Dalam video itu, seorang wanita tua dilihat menangis di hadapan orang ramai. Dia ialah Siti Marbiah, 73, yang terpaksa hidup menumpang selepas dihalau anak angkatnya.

Peguam Siti Marbiah, Jallas Boang Manalu berkata, anak guamnya tidak mempunyai anak. Dia kemudian membesarkan seorang anak angkat bernama AY sejak berusia dua tahun.

AY dilayan seperti anaknya sendiri, dihantar ke sekolah sehingga mmasuk kolej dan mendapat pekerjaan yang baik. Bagaimanapun, kebaikan Siti Marbiah dibalas dengan kejahatan oleh AY.

Konflik bermula apabila Siti Marbiah mendapat rumah dan harta pusaka daripada keluarga besarnya. 

AY kemudian memujuknya untuk menjual rumah dan tanah tersebut tanpa pengetahuan keluarga Siti Marbiah.

Daripada penjualan rumah dan tanah tersebut, 200 juta rupiah (RM59,956) telah diberikan kepada AY. Baki wang selebihnya kemudian digunakan Siti Marbiah untuk membeli rumah buat AY.

“Ketika membeli rumah, anak angkat itu memujuk klien kami untuk membuat sijil atas namanya. Nanti, surat hibah akan dibuat untuk klien kami supaya dia boleh mendiami rumah itu,” jelas Jallas.

Konflik bermula apabila AY tidak menerima nasihat ibu angkatnya untuk tidak berkahwin buat kali keempat. Siti Marbiah dihalau dari rumahnya sendiri dan merempat selama lapan bulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI