fbpx

Pasukan Liga Super wajib sertai Piala Presiden, Piala Belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM telah dilangsungkan di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pasukan Liga Super wajib menghantar skuad untuk bertanding pada saingan Piala Belia dan Piala Presiden bermula tahun depan.

Keputusan tersebut telah dibuat oleh badan induk bola sepak negara pada Mesyuarat Exco hari ini memandangkan ia salah satu syarat pasukan Liga Super untuk mendapat lesen kebangsaan musim depan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pembangunan akar umbi untuk melahirkan lebih ramai pemain berbakat perlu diperkuatkan dalam usaha membentuk pasukan yang lebih mantap.

“Pihak FAM harap pasukan ini mencari jalan untuk menghantar pasukan ke Piala Presiden dan Piala Belia sebab kita tak boleh nak tinggalkan pembangunan. Semua pasukan kena ada, kalau tak macam mana kita nak lahirkan pemain.

“Jadi maknanya kalau pasukan berbelanja RM10 juta, mereka kena peruntukkan juga untuk pembangunan. Kalau kita tidak buat macam itu mereka mungkin belanja RM15 juta, RM20 juta, tetapi skuad pembangunan tetap tiada.

“Memang akan ada masalah dari segi kewangan, tetapi sekarang ini kita nak masing-masing (pasukan) bijak menguruskan kewangan tanpa meninggalkan hak pemain muda untuk beraksi,” katanya pada sidang media di Wisma FAM sebentar tadi.

Situasi tersebut dijangka membuatkan pengurusan kelab Liga Super bakal pening kepala selepas turut membentu pasukan utama selain skuad bawah 23 (B-23) yang bersaing pada Piala MFL.

Saingan Piala Presiden (B-20) dijadualkan bermula pada Februari hingga Ogos 2024 manakala Piala Belia (B-18) berlangsung pada April hingga September 2024 kerana memberi ruang buat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI