fbpx

Konflik Palestin-Israel: Kos perang di Gaza cecah RM237 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASKAR Israel berdiri di atas kereta kebal di kedudukan berhampiran Gaza semalam. – AFP

TEL AVIV – Peperangan yang tercetus antara Israel dan Hamas dijangka menelan perbelanjaan sehingga 200 bilion shekel (RM237.7 bilion), lapor laman berita Wion News.

Akhbar Calcalist melaporkan, anggaran itu berdasarkan angka awal dikeluarkan Kementerian Kewangan Israel semalam.

Laporan media menyatakan, kos tersebut yang menyamai 10 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Israel, adalah berdasarkan perang yang berlangsung antara lapan hingga 12 bulan.

Ia juga terhad kepada perang di Gaza tanpa penyertaan penuh oleh kumpulan pejuang Hizbollah di Lebanon, Iran atau Yemen.

Menurut Calcalist, separuh daripada perbelanjaan itu adalah dalam bentuk perbelanjaan ketenteraan yang berjumlah kira-kira 1 bilion shekel (RM1.19 bilion) sehari.

Sebanyak 40 bilion shekel (RM47.55 bilion) hingga 60 bilion shekel (RM71.33 bilion) lagi dijangka disumbangkan oleh kehilangan perolehan.

Selain itu, 17 bilion shekel (RM20.21 bilion)  hingga 20 bilion shekel (RM23.78 bilion) lagi adalah untuk pampasan perniagaan, manakala 10 bilion shekel (RM11.89 bilion)  hingga 20 bilion shekel ( RM23.78 bilion) pula  adalah kos pemulihan.

Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich berkata, Rejim Zionis akan menyediakan pakej  ekonomi  kepada mereka yang terjejas akibat perang tersebut dan nilainya lebih besar berbanding bantuan kewangan semasa pandemik Covid-19. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI