fbpx

Cuaca buruk di seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di seluruh negara petang ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sesawang Met Malaysia hari ini, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di negeri Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, dan Melaka.

“Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Selangor turut diramal mengalami ribut petir di kawasan pedalaman,” katanya dalam hantaran sama.

Tambah MetMalaysia, di Sabah, ribut petir diramal berlaku di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

“Di Sarawak pula, hujan lebat diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” jelasnya.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI