fbpx

Keputusan sertai APEC selewat-lewatnya Rabu ini – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika merasmikan MDX2023 Grand Finale di MITEC hari ini.

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada Malaysia akan menyertai Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dijadual berlangsung di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) akan dimuktamadkan selewat-lewatnya Rabu ini.

Ini kerana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ini Malaysia sedang berkoordinasi dengan beberapa negara terlibat sebelum perkara itu diputuskan.

Bagaimanapun katanya, ketika ini kebanyakan negara terlibat menyatakan komitmen untuk hadir ke persidangan tersebut.

“Saya sedang berkoordinasi dengan semua negara yang terbabit dan setakat ini kebanyakan (negara) hadir. Jadi, saya akan semak perkara ini dalam masa satu atau dua hari,” katanya.

Beliau berkata selepas melancarkan Malaysia Digital Expo 2023 (MDX 2023) Grand Finale di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

APEC adalah forum ekonomi serantau yang ditubuhkan pada 1989 untuk memanfaatkan saling kebergantungan yang semakin meningkat di Asia-Pasifik dan pada tahun persidangan tersebut akan berlangsung di di San Francisco, California, AS bermula 11 hingga 17 November ini.

Anggota APEC terdiri daripada Australia, Brunei, Kanada; Chile, China; Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taipei, Thailand, AS dan Vietnam.

Sebelum ini, Anwar menjelaskan Malaysia sedang berhubung dengan negara Asia lain termasuk China untuk mengetahui pendirian mereka sama ada mahu memboikot kehadiran pada APEC.

Perdana Menteri berkata, maklumat yang diperoleh kelak membolehkan Malaysia mengambil keputusan seiring dengan ketetapan negara berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI