fbpx

Bintang JDT dominasi skuad kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Safawi Rasid (tengah) antara pemain JDT yang menjadi sandaran skuad Harimau Malaya kali ini. - Foto ihsan FAM

SEPERTI dijangka, pemain bertaraf bintang yang dimiliki kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menjadi sandaran apabila menghantar 11 wakil untuk mewakili skuad Harimau Malaya pada aksi antarabangsa bulan ini.

Berdasarkan senarai 25 pemain yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, pemain seperti La’vere Corbin-ong, Matthew Davies, Arif Aiman Hanapi, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Endrick Dos Santos dipanggil menguatkan skuad kebangsaan.

Selain itu, Ahmad Syihan Hazmi, Shahrul Saad, Syahmi Safari, Afiq Fazail dan pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh turut dipanggil kali ini.

Senarai tonggak skuad Selangor FC turut dipanggil seperti Brendan Gan, Mukhairi Ajmal, Faisal Halim dan Sharul Nazeem Zulpakar.

Tiga tonggak yang berpangkalan di luar negara termasuk kapten, Dion Cools dari kelab Buriram United, Nooa Laine (SJK Seinajoki) dan Junior Eldstal (Dewa United) turut dikekalkan pada panggilan kali ini.

Pasukan negara kendalian Kim Pan-gon bakal menghadapi perlawanan Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyztan pada 16 November dan Taiwan pada 21 November depan. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN