fbpx

Persidangan Belia ASEAN 2023 sedia platform kepada belia kupas isu semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Amir (duduk, kiri) berkenan bergambar bersama sebahagian daripada delegasi yang hadir pada Persidangan Belia ASEAN 2023 di Jakarta baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seramai 150 delegasi belia dari 15 buah negara antaranya  Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei, Australia, Korea Selatan dan Jerman telah menghadiri Persidangan Belia ASEAN (ASEAN Youth Conference 2023).

Persidangan selama tiga hari bermula 3 November lalu  di Ibu pejabat ASEAN Sekretariat di Jakarta Indonesia itu bertujuan untuk menyediakan platform kepada golongan anak muda mengutarakan pendapat dan idea masing-masing berhubung isu semasa di rantau Asia Tenggara dan juga di seluruh dunia.

Delegasi yang turut dihadiri oleh wakil tetap ASEAN dari pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Myanmar dan Kemboja serta Pengarah Eksekutif ASEAN Foundation juga turut membincangkan mengenai pelbagai isu ekonomi, pendidikan, politik, keamanan, kebudayaan dan juga kebajikan.

Dalam persidangan tersebut, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menyampaikan ucaptama bertajuk Mencipta Perubahan yang Mampan untuk Rantau ASEAN.

Menerusi ucapan tersebut, Tengku Amir menyentuh pelbagai isu serantau berhubungi penglibatan belia dalam pembangunan ekonomi, kepentingan pendidikan kepada kanak-kanak dan belia, adaptasi teknologi sebagai pemangkin untuk kemajuan dan kemakmuran serantau, dan peranan belia sebagai pemimpin dalam masyarakat.

“Untuk benar-benar mencungkil potensi belia di rantau ASEAN, kita mesti berusaha mewujudkan ruang dan platform kepada belia untuk terlibat secara aktif dalam penggubalan polisi dan pelaksanaan. 

“Suara belia perlu didengar dan aspirasi mereka diterjemahkan kepada tindakan nyata. 

“Hal ini menggalakkan kewarganegaraan aktif  yang  mana golongan muda bukan sahaja menjadi penerima manfaat, malah terlibat secara aktif dalam melakukan perubahan positif.” jelas Tengku Amir. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI