fbpx

Pasaran saham tempatan perlukan IPO berasaskan e-dagang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TanTeng Boo dalam satu sesi taklimat di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tan Teng Boo, individu yang dilantik untuk icapital.biz. Berhad (icapital) memiliki pengalaman lebih 35 tahun dalam pasaran saham tempatan dan beliau juga adalah satu-satunya pengurus dana yang masih hidup di negara ini dan pernah mengalami pasaran kenaikan harga sebenar dalam Bursa Malaysia.

Tanyalah apa juga soalan mengenai saham dan juga perkembangan ekonomi, veteran saham yang berumur 69 tahun ini boleh memberi penerangan dengan jelas dalam ayat mudah sehinggakan dalam satu taklimat media yang diadakan di pejabatnya baru-baru ini , ia mengambil masa lebih daripada dua jam untuk selesai.

Beliau berkata, bersandarkan rekod prestasinya yang mahir mengesan dan merebut peluang pelaburan pada waktu kritikal, beliau kini optimis terhadap perkembangan pasaran saham dan menyarankan agar ini adalah masa yang tepat untuk melabur.

“Memilih saham yang betul dan melabur untuk jangka panjang adalah strategi yang lebih baik,” katanya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Capital Dynamics Sdn. Bhd.

Teng Boo yang pernah berpengalaman melihat kejatuhan pasaran Black Monday 1987 telah menubuhkan Capital Dynamics Sdn. Bhd., sebuah firma yang menjadi penasihat pelaburan bebas pertama di negara ini, kemudian menubuhkan kumpulan firma pelaburan Capital Dynamics di Hong Kong, Sydney, Australia; Singapura dan Shanghai, China.

gambar hiasan

KOSMO!: Boleh jelaskan masa depan ekuiti di negara ini?
TAN TENG BOO: Saya percaya bahawa masa depan ekuiti di Malaysia lebih baik meskipun kita berdepan dengan cabaran berkaitan pemulihan daripada pandemik, ketegangan geopolitik, berkaitan politik, inflasi, faktor global yang meningkat dan juga kadar pertukaran yang tidak stabil.

Perubahan asas dan struktur memang akan mengambil masa tetapi roda perubahan positif telah mula. Ekonomi dan politik juga telah beransur-ansur berubah.

Memandangkan anda adalah seorang yang berpengalaman dalam pasaran saham, apa pandangan tentang prestasi Bursa Malaysia sejak dulu?
Sejak 20 tahun lalu, indeks Bursa Malaysia mencatat kadar purata pulangan antara empat hingga lima enam peratus setiap tahun tetapi jika dibandingkan dengan Bursa Saham Indonesia, pulangannya adalah kira-kira 15 peratus setiap tahun.

Jika kita bandingkan prestasi bursa tempatan dengan bursa di negara jiran seperti Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia, maka prestasi bursa tempatan kita berada di senarai terakhir.

Satu-satunya bull market atau pasaran melonjak di Malaysia berlaku pada tahun 1974 hingga 1981. Ketika pasaran melonjak, apa juga saham yang dibeli tanpa perlu membuat kajian, pelabur boleh kaut untung sekali ganda, dua hingga tiga kali ganda daripada pelaburan.

Jadi dari situ kita boleh bayangkan betapa bulllish pasaran saham ketika itu. Kemudian selepas itu, pasaran saham tidak pernah alami kenaikan seperti tempoh tersebut. Pernah berlaku superbull pada tahun 1993, tetapi kenaikan itu hanya setahun sahaja.

Oleh itu saya berpendapat, pihak berkuasa Bursa Malaysia perlu melaksanakan satu tindakan yang betul kerana pasaran modal kita kini agak lemah dan membosankan dan tawaran awam awal (IPO) di Bursa Malaysia juga agak membosankan.

gambar hiasan

Kenapa anda mendakwa IPO di Bursa Malaysia, membosankan?
Jika dibandingkan dengan Indonesia, mereka menawarkan IPO berkaitan dengan e-dagang, segmen e-dagang adalah satu cabang yang menjadi trend pada masa sekarang.

Pasaran kita tidak cenderung ke arah e-dagang, jadi saya berharap, melalui hasil daripada kajian kami, bursa saham kita dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang akan menjadi lebih baik.

Apakah sasaran paras FBM KLCI pada tahun depan?
Saya optimistik terhadap prestasi Bursa Malaysia untuk jangka panjang bukan untuk beberapa bulan ini tetapi untuk tiga hingga empat tahun akan datang dengan mengandaikan bahawa kerajaan sedia ada bakal me­laksanakan polisi ekonomi yang telah diumumkan sebelum ini.

Bagaimanapun, kita bimbang juga terhadap perkembangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diramalkan mengalami kemelesetan bagaikan bom jangka yang berdetik yang mana im­paknya akan memberi kesan kepada semua bursa di seluruh dunia termasuk Bursa Malaysia.

Sememangnya bursa tempatan akan menerima impak tetapi pasaran kita memiliki daya tahan yang baik dan ini adalah masa yang baik untuk me­labur. Saya melihat indeks boleh mence­cah ke paras 1,500 hingga 1,600.

Bila anda menyatakan bahawa ini adalah masa terbaik untuk melabur, boleh jelaskan lebih lanjut mengenainya?
Beli sekarang bukan bermakna beli hari ini atau esok tetapi kita boleh bahagikan dengan selang setiap suku untuk me­labur dan kita perlu pelbagaikan pelaburan juga.

Sebagai contoh, jika anda memiliki RM10 juta sebagai modal untuk melabur, jadi jangan habiskan semua, beli sedikit sedikit dan lebih baik membeli saham untuk pelaburan jangka panjang.

Gambar hiasan.

Apa pesanan anda terhadap pelabur?
Sebagai pelabur biasa, jangan membeli saham secara membuta tuli yang mana anda beli saham dan berharap ia akan memberi pulangan yang baik.

Kita perlu buat kajian dan melihat kepada asas dan pendapatan, kualiti pengurusan syarikat dan juga prospek syarikat tersebut.

Tetapi anda dinasihatkan agar jangan jadi pelabur yang meramalkan masa atau timer investor, jika mahu menjadi pelabur dalam kategori itu, lebih baik anda berhenti kerja dan duduk di depan monitor komputer melihat kepada turun naik harga saham.

Sebagai contoh, anda beli saham A beli dan apabila harga naik anda jual dan begitulah seterusnya pada keesokan hari, jadi anda akan dapat duit yang banyak dan berharap harga akan terus naik tetapi apabila harga saham turun anda mula takut dan menjualnya, sepatutnya anda perlu mengambil langkah di sebaliknya.

Apa pendapat anda tentang nilai ringgit?
Saya lihat masa depan ringgit bukan dalam tempoh yang singkat sebab sejak dua tiga minggu lepas bukan sahaja ringgit tetapi banyak mata wang asing lain se­perti Yen dan Yuan turun.

Ini di­sebabkan oleh pengukuhan dolar Amerika Syarikat dan bukan disebabkan kelemahan nilai ringgit itu sendiri. Apabila mata wang dolar AS mula menyusut maka sebahagian daripada dunia boleh hidup dengan tenang (rest of the world will live in peace).

Ini adalah masalah global, kita tidak perlu buat apa apa dan ini bukan masalah yang berlaku pada tahun 1997, itu adalah masalah lain. Sekarang ini adalah isu yang berkaitan dengan AS. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI