fbpx

Joo Ven sasar layak kejohanan lebih besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOO VEN berharap boleh memperbaiki ranking memandangkan kejohanan-kejohanan kompetitif dijangka kembali dilangsungkan tahun depan.

PANDEMIK Covid-19 yang me­landa seluruh dunia nyata memberi kesan kepada seluruh atlet di seluruh dunia dari segi kecergasan serta kualiti permainan.

Tidak terkecuali pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Soong Joo Ven apabila kedudukannya dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) turut terjejas.

Dia yang berada di ranking ke-67 dunia mengakui keadaan itu sedikit sebanyak menjejaskan peluangnya untuk beraksi pada kejohanan lebih besar.

Justeru, dia berharap boleh memperbaiki ranking memandangkan kejohanan-kejohanan kompetitif dijangka kembali dilangsungkan tahun depan.

“Buat permulaan, saya sasarkan untuk berada dalam kelompok 20 teratas kerana mahu bermain pada kejohanan-kejohanan lebih besar. Oleh itu, saya perlu buat yang terbaik tahun depan.

“Secara jujur, saya tidak berpuas hati dengan kedudukan ranking ketika ini. Bagaimanapun, belum ada perancangan untuk musim depan kerana BWF belum keluarkan jadual,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas kejohanan-kejohanan penting tahun depan seperti Piala Sudirman, Piala Thomas dan Sukan SEA, pemain berusia 25 tahun itu menyuarakan keinginannya untuk menggalas cabaran negara.

“Semua kejohanan penting untuk saya kerana mahu membantu negara memenangi pingat, namun terpulang kepada Persa­tuan Badminton Malaysia (BAM) membuat pemilihan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI