fbpx

Polis tahan dua lelaki miliki arak tanpa cukai bernilai RM201,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA suspek yang ditahan kerana menyimpan arak tanpa cukai bernilai RM201,800 dalam tiga buah kenderaan di Pasir Gudang, hari ini.

PASIR GUDANG – Dua lelaki tempatan berusia 44 dan 50 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran arak tanpa cukai bernilai RM201,800 di Jalan Santalia 1, di sini hari ini.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang berkata, kedua-dua suspek itu ditahan pada pukul 1.05 petang.

Menurutnya, suspek dipercayai menyimpan pelbagai jenis arak tanpa cukai kastam dalam tiga buah kenderaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, sejumlah 230 karton arak pelbagai jenama dirampas, beserta tiga kenderaan iaitu Toyota Unser, Toyota Camry dan Toyota Innova.

“Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai menggunakan kenderaan itu untuk menyimpan arak berkenaan sebelum diedarkan di sekitar Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, jumlah keseluruhan rampasan termasuk arak dan kenderaan adalah bernilai RM327,800.

“Suspek yang ditahan beserta barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, di sini untuk tindakan lanjut.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967,” ujarnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI