fbpx

Haqiem Rusli, Ariff Bahran juara mingguan Famili Duo 3 lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ariff Bahran dan Haqiem Rusli.

SHAH ALAM – Pasangan duo Haqiem Rusli dan Ariff Bahran mengulangi kejayaan apabila diangkat sebagai juara minggu keempat Famili Duo musim tiga (FD3) yang berlangsung di Studio NTV7 Glenmarie, di sini, malam ini.

Duo sepupu yang menampilkan persembahan bertenaga ketika membawakan lagu Janam Janam nyanyian asal Arijit Singh dan Antara Mitra selain Goyang Inul (Inul Daratista) serta 100 Persen (Mas Idayu) yang sampaikan secara medley.

Sebagai juara mingguan bagi persembahan bertemakan Dangdut/ Hindustan, mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Selaku pemenang, Haqiem dan Ariff mendapat kelebihan untuk memilih tema bagi konsert minggu kelima nanti. Mereka sepakat mengangkat tema Idola Legenda.

Sebelum ini mereka berdua memenangi persembahan minggu kedua FD3.

Pasangan terbabit menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 62.5 peratus meninggalkan jauh lima lagi pasangan duo lain.

FD3 turut disertai pasangan suami isteri, Tom dan Fuad Rahman, selain tiga lagi duo adik beradik iaitu Ryan Bakery dan Adam; Shila Amzah dan Syahir; Adira dan Emma Suhaimi serta Sharif dan Syaiful Zero.

Juri, Ajai dan Mas Idayu memuji persembahan yang berlatarkan restoran mamak itu yang disifatkan berbeza selain bijak berkomunikasi dengan penonton.

FD3 yang berlangsung selama lapan episod itu memilih pemenang mingguan bersandarkan pemarkahan juri sebanyak 70 peratus, manakala undian dalam talian di Tonton membabitkan 30 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI